Monday, February 24, 2014

Pregnant Kali Ke Dua

Assalamualaikum..

Lama sangat-sangat tak dengar cerita kan....? Bizi mengalahkan blogger tegar je. Since Fayyadh dah lama menidurkan diri.. so yanei amik masa sikit nak update blog yang dah lama bersarang ni.. so sudi-sudilah korang baca ye,.. :)

Sebenarnya, tujuan yanei update entry ni pun sebab nak share berita gembira. Alhamdulillah... yanei getting pregnant again.... Walaupun pregnant kali ni orang kate unexpected pregnancy. Tapi yanei terima dengan penuh kesyukuran. Ye la.. Allah nak bagi harga kat kita. Harga dunia akhirat. Walaupun banyak cakap-cakap mengatakan Fayyadh masih lagi belum cukup setahun time tu.. kalo keluarga sendiri tu yanei boleh terima. sebab yanei tahu dorg cuma bergurau dengan yanei. dan perkhabaran yang kami sampaikan pada mereka pun... Alhmadulillah.. mereka gembira mendengarnya.

Kan.. pedulikan kata-kata orang lain tu.. yang penting kandungan yanei sihat walafiat. Sekarang Fayyadh Mukmin jika dikira umur setahun sebulan 23 hari. Tapi kalo diikutkan tahun dah masuk 2 tahun. Fm sentiasa muda di hati yanei sebab dia lahir di hujuing tahun 2013. iaitu 31 December 2013. kalo korg masih ingat entry yang pernah yanei update pasal kelahiran  FM setahun lepas.. Jadi lepas ni jarak antara FM dengan adik dia dua tahun la. hehe

Alhamdulillah.. Allah bagi lagi merasa nikmat mengandung buat kali ke dua. Sekarang ni dah masuk 14 weeks ++ . InshaAllah.. akn yanei jaga kandungan ni seperti mana kandungan pertama dulu. Walaupun tak seeksaited yang pertama. tapi pengalaman pergnant kali ke dua ni memang lain bebenor...

InshaAllah.. due date 23 Ogos 2014. lagi 3 hari ulang tahun kelahiran papa FM dan baby yang jatuh pada 26 Ogos. so kiranya ni hadiah birthday untuk papa nya la kan.. Besar makna hadiah ni tau sayang. kalau la si dia baca. same goes to masa kelahiran FM jugak.. 23 hari selepas tu adalah hari anniversary kami. Pereancangan Allah... sentiasa terbaik. jadi kami akan sentiasa ingat tarikh-tarikh penting ni.. :)

Sebernarnya lama jugak yaei ambil masa nak announced kat sume org. ye la.. takut-takut la tak jadi ke ape ke kan.. tapi bila di kirakan balik, period yanei memang sangat teratur. tak de nye nak lewat sehari or lebih. selalunya ontime atau pun awal sehari dua. so pregnat kali ni pun macam yanei tau-tau je kan.. ahaks!

ok lah.. next post la yanei cerita al-kisah nya camne tahu pregnant ni ye. doa-doa la muga-muga yanei rajin update ye.. haha..

No comments:

Post a Comment