Thursday, July 26, 2012

8 Surah Untuk Anak

Assalamualaikuum...

Syukur kpd Allah kerana kita masih diberi peluang utk berjumpa dgn bulan yg mulia ini. Dh masuk 6 Ramadhan kita berpuasa hari ni. Alhamdulillah.. dgn izin Allah,sy masih dpt berpuasa penuh sepanjang hari. letih tu perkara biasa. cuma perlu bykkan bersabar,dan amik kesempatan bulan yg mulia ni untuk lakukan sebanyak mungkin amalan2 yg di tuntut spt berzikir, mengaji dan sebagainya. Sentiasa merasa cukup dgn rezeki yg ada. InsyaALLAH, besar ganjarannya nanti.

Untuk yg sedang hamil..  jom kita sama amalkan surah-surah untuk bakal anak kita nanti.. sy ambil drpd CahayaIslam.net.

Telah menjadi adat Melayu, surah atau ayat-ayat dalam Al-Quran dijadikan sebagai azimat, diamalkan untuk mendapat sesuatu dan seumpamanya tetapi dalam masa yang sama meninggalkan arahan Allah yang lain. Sebagai contoh, mereka solat tetapi tidak menutup aurat, mereka mengaku Islam tetapi menolak undang-undang Islam dan seumpamanya. Sebagai umat Islam kita perlulah memartabatkan Al-Quran itu sendiri selain dari mengamalkan beberapa potong ayat di dalamnya sahaja. Dengan itu barulah amalan kita diberkati Allah.. InsyaAllah…
Di sini admin senaraikan 8 surah yang boleh dijadikan amalan untuk mendapatkan anak yang baik:
  1. Surah Al-Fatihah- Untuk menerangkan hati dan menguatkan ingatan.
  2. Surah Maryam- Bagi memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat.
  3. Surah Luqman- Bagi memperolehi anak cerdik akal dan cerdik jiwa.
  4. Surah Yusuf- Bagi memperolehi anak cantik rupa dan cantik akhlak.
  5. Surah Hujurat- Bagi memperbanyakkan air susu ibu dan anak bersifat berhati-hati.
  6. Surah Yasin- Bagi menenangkan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat.
  7. Surah At-Taubah-Bagi membersihkan jiwa dan terpelihara dari maksiat.
  8. Surah An-Nahl- Untuk melahirkan anak yang berdisiplin.

No comments:

Post a Comment