Sunday, April 15, 2012

ATV, terapi buat 8jad

Assalamualaikum..

FENOMENA baru menghangatkan lagi sukan permotoran dan pelancongan tanah air apabila All-Terrain Vehicle (ATV) diperkenalkan di pantai peranginan di Terengganu sebagai satu wadah sukan serta hiburan kepada peminatnya.

Kemudahan itu wujud sejak lapan bulan lalu di Pantai Batu Burok serta Teluk Ketapang dan dilihat dapat menarik minat golongan muda untuk merasai pengalaman mengemudi jentera empat roda berkenaan.
Dulu, ATV lebih popular di kawasan litar khas yang dibina, terutama di laluan mencabar dan berbukit, bagi menguji kelasakan pengendali jentera itu mengharungi laluan disediakan.

Bagaimanapun, lambakan jentera berkenaan, terutama dari China, mendorong pengusaha membawa masuk ATV dan mempromosikannya sebagai satu alternatif bagi golongan muda untuk tujuan rekreasi.

Sumber: Metro Online

Akceli ayat ni dh di tukar drpd akhbar online Metro yg menceritakan tentang game ATV ni. dan ATV ni mmg dh jd terapi buat anak buah Yanei yg sorg ni, Syed Jad Wajdi. Cucu sulung Tokmi n To'ki yg duk Kuala Lumpur tp mmg fasih pekat ckp dialek Terengganu. Setiap kali balik kampung Chendering je, mmg excited ajak aunties yg dh sgt teerlebih syg kt dia ni pegi Pantai Batu Burok semata nk naik ATV!~ ini makcik2 dia yg bese bawak Syed Jad pegi Pantai Batu Burok. Beruntung sgt la dia ni.. dpt makcik2 yg mmg suke layan n sayangkan ank2 buah dorg ni.


tp gambar ni ms raya ke 2, ari Yanei bertunang.. muka makcik2 yg super excited!~ (form left:- achu,maktam,makndak and our SIL Kak iza ( tauke Premium Beautiful) with her daughters, Dafeena n Dahleeya)

but since dh ade uncle baru ni.. i mean my hubby and my sis's hubby.. lg la terbaik layanan dia terima.. hehehee... siap ajak race lg dgn paklang dia. hehehee...

Last wik Syed Jad balik Chendering skali ngan abang2 Yanei. balik pun sbb Ummi kami masuk ward bcoz of demam panas plus sakit dalam perut. huukhukhukk.. *sedih gak!~ xmo cite kt cni.* lps je waktu melawat kami pergi makan2 kjap alas perut kt kedai kawan Yanei dekat dengan Hotel Permai Inn. warung je kot tp pelanggan mmg x putus2.. Alhamdulillah.. rezeki...

ok, ni la rupe budak yg super excited bl dpt naik and pandu sendiri ATV (untuk kanak2 dia bg ATV yg auto je).

budak gemoks dan berdada bidang sbb selalu berenang.. Syed Jad Wajdi..

da best from Syed Jad (second round!~ kali ni aboh dia yg bayar sbb sememangnye dia masih tak puas lagi bawak ATV tuh!~) :)


race dgn paklang. en. asben bawak yg manual. *klu la mlm tu pakai seluar..mmg Yanei pn nk cuba skali.. huhu
yee... 8jad yg menang *smpai sggup potong jln sbb xnk bg paklang menang..*
:P

pak ndak yg poyooos!~

laju lagi... go go 8jad!~

ok.. 8jad is da winner!~



No comments:

Post a Comment